Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, masih sempat recovery semua blogger yang dah berhabuk. Lama menghilangkan diri, bukan kerana merajuk memujuk hati nan lara. Tapi pergi jauh mencari redha Ilahi. Pelbagai manusia yang datang dan pergi dalam kehidupan kita. Sama ada dalam keadaan jelas atau nyata mahupun sulit atau diam.
Ketika aku sibuk mengejar kerjaya dan cita-cita, pelbagai manusia yang ingin dan cuba menjatuhkan diri ini. Biasalah, rezeki lepas belajar banyak offer. Kebetulan, best student macam kita memang terlajak laris. Huhu, saja gurau. Pelbagai manusia dan kerenah aku jumpa. Dunia akhir zaman... Siapa kita untuk menilai hati dan perasaan seseorang? Dunia akhir zaman... Penuh dengan ilmu hitam dan sihir/santau. Dunia akhir zaman... Ramai yang menyalahguna hukum agama. Dunia akhir zaman... Kita lupa siapa diri kita dengan Pencipta. Alhamdulillah. Mungkin itu ujian buat diri aku. Aku tabah teruskan langkah, menuju kehadapan tanpa menoleh kebelakangan. Syukur nikmat Allah. Ketika aku sakit memerlukan bantuan. Ramai yang bantu dan bagi sokongan moral. Keluarga, saudara dan PSSGS Malaysia. Alhamdulillah.Allahu Akhbar.
Kesempatan ini juga, aku mohon seribu kemaafan ikhlas dari hati. Kepada rakan-rakan sekolah di Selangor atau Perak, rakan-rakan satu Politeknik, rakan-rakan Atlet dan sesiapa yang mengenali diri ini. Maaf andainya diri ini pernah membuat kesilapan dan kesalahan sepanjang kita berkenalan. Diri ini serba kekurangan, minta halalkan juga makan dan minum, belanja pelbagai hadiah dan yang pernah menjaga diri ini. Dan yang mana pernah buat salah atau bohong atau dusta mahupun permainan halus, aku maafkan semua salah dan silap rakan-rakan. Panjang umur kita bertemu lagi. In shaa Allah, dengan izin Allah.
"Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan."
"Remember Allah and Allah will protect you"
Al-Fatihah untuk diri sendiri
Al-Fatihah untuk diri sendiri